Sepultura Live in Kuala Lumpur 2012

Sepultura bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 7 Februari 2012 bertempat di KL Live dengan harga tiket RM148 (Premier) RM108 (Upper Floor). Nuclear Strikes kumpulan Heavy Metal dari Kajang diberi penghormatan sebagai "Opening Act" pada konsert ini nanti. Melalui Asian Relentleess Tour 2012 Sepultura akan menjelajah Medan, Makassar, Malaysia, Jakarta, Surabaya dan Bali sempena album terbaru mereka 'Kairos' yang dikeluarkan pertengahan tahun ini. Sepultura yang dianggotai oleh Derrick Green selaku vokal, Andreas Kisser (gitar), Paulo Jr. (bass) dan Jean Dolabella (dram) amat dinantikan kunjungan mereka di Malaysia dan bandar raya lain di Asia Tenggara. Sepultura telah berjaya meraih populariti di seluruh dunia dan jualan albumnya telah mencecah 15 juta unit di seluruh dunia!.
Pihak KARISMA dimaklumkan oleh wakil penganjur Netzah Production iaitu jualan tiket Konsert Sepultura di Kuala Lumpur akan bermula pada Januari 2012. Ini berikutan pihak mereka telah menerima panggilan telefon yang bertubi-tubi dari peminat-peminat SEPULTURA sejak semalam untuk tempahan tiket sejurus pihak KARISMA mengeluarkan berita terkini berkenaan konsert tersebut. TEMPAT TERHAD!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!
SEPULTURA LIVE IN KUALA LUMPUR
DATE : 7 FEBRUARI 2012
VENUE : KL LIVE
TIKET : RM148 (PREMIER) RM108 (UPPER FLOOR)
MY TICKET HOTLINE : +60356115000
ONLINE TICKET : http://www.myticket.asia
ORGANIZER : NETZAH PRODUCTION SDN.BHD ( http://netzahproductions.com/ )
OFFICIAL:
ANCASA HOTEL - http://www.ancasa-hotel.com/
CHEVROLATE - http://chevrolet.com.my/
MYTICKET - http://www.myticket.asia
MAJALAH KARISMA - http://www.majalahkarisma.com
JUICE - http://www.juicemagazine.com/
- Masok kalau nak komen

Komen-komen: