Hujan @ Esplanade

Khamis, 28 Oktober 2010 - 8:00pm

Dengan lagu yang senang di dengar seakan Jesus and Mary Chain, muzik grungy seakan Green Day dan penyanyi utamanya, Noh, yang memikat hati, Hujan adalah di antara kugiran muzik indie yang berjaya dari Malaysia.

Lagu-lagu demo pertama mereka menjadi kegilaan anak-anak muda di myspace pada 2005. Kini, peminat Hujan senantiasa menantikan lagu-lagu baru mereka dengan lirik yang mendalam dan melodi yang menyeronokkan seperti Mencari Konklusi, DugaanNya dan Bila Aku Sudah Tiada.

Biarkan muzik Hujan membasahi anda dalam satu persembahan yang menjanjikan hiburan 100%. Jangan ketinggalan!

Komen-komen:

Lu mesti masok dulu untok komen